Wednesday, 25 April 2018

Aku dah Matang, kau rasa aku dah Matang ke?

Hai, assalamulaikum guys.

Terima kasih sudi baca blog CD lagi, sudi jenguk, sudi menjadi reader dan sentiasa menaikkan trafik blog CD setiap masa :P

Mintak maaf ya, aku ni memang jenis yang malas sena nya nak hapdet blog dan ceritakan itu ini apa yang aku buat setiap hari macam orang lain, tapi bila tengok blog aku last update 3, 4 bulan yang lalu maka aku cuba jugak nak kerahakan idea untuk di luah dekat sini

Oh ya btw, aku lupa nak bagitau korang, bahawasanya header blog aku dah cantik. Dah matang giteww, aku dah malas nak bubuh gambar aku sebab bagi aku, orang yang sentiasa meletakkan gambar di header blog ni cuma untuk golongan budak-budak baru nak UPPPPP kahkah

Oleh itu, aku pun dah besar panjang dan boleh berfikir dengan matang, maka aku decide header kali ni harus nampak simple, menarik, tertarik gitew ~

Aku takde apa pn nak di share senanya, kan aku dah kata aku kering idea wuuuu ~ walaupun begitu, aku tetap nak taip taip taip dan taip jugak, sebab aku nak traffic aku naikkk weiii. tolonglah aku naikkan traffic blog aku pelisss

Hari ni hari gaji. K k tak jadi cerita pasal gaji aku nak cerita pasal lain lahh

Ok, biasa hari gaji hari paling aku malas nak tunjuk rajin buat kerja office so aku nak cerita pasal masa lunch tadi, aku tiba-tiba rasa nak sambung belajar buat master dekat UPM, punya lah berkobar-kobar nak sambung belajar, dah siap gugel website UPM tengok berapa yuran pengajian semua, aku terus give up weh. Pediaaa laa prangai baru nak perang dah letak senjata. Nangis wei tengok yuran dia. Korang jangan kutuk aku ehh, melainkan korang nak sponser aku. K sekeh kepala sendiri

Memandangkan semangat nak sambung belajar dah takde, aku masuk office godek-godek pulak pasal rumah. Nak beli rumah PRIMA lah, RUMAWIP lah, Selangorku lah semua rumah yang disediakan oleh kerajaan harus digunakan dengan sebaik mungkin ya tuan-puan ya, peruntukan sebanyak berjuta-juta yang dikeluarkan oleh kerjaan untuk kesenangan rakyat haruslah di gunakan dengan sebaik mungkin ya tuan-puan dan aku sebenarnya dah melalut jauh ni

Berbalik pasal rumah tu, aku dah apply semua tu. Ada satu je yang rumah yang dah layak di proses, cuma aku macam tak berminat sangat rumah area Putrajaya tu, sebab mind set aku nak rumah PRIMA yang dekat Bukit Mahkota tu, hikhik. Bagi aku, rumah tu sangat strategik lah untuk aku pegi keje dekat Bangi ni, dan tak payah lalu mana-mana roundbout (oh ya aku memang fobia bila dekat roundbout ni, sebab tu kalau ada roundbout dekat mana-mana jalan, aku akan pusing walaupun jauh asalkan tak lalu roundbout, sila gelak secara sopan-santun ya tuan-puan) dan paling penting sebab dekat dengan Nilai choiii aku memang taknak berpisah dengan Nilai SEBENARNYA ~

So, korang doa-doakan aku dapat rumah PRIMA tu keyh, aku dah berangan nak beli barang dekat IKEA dengan KAISON nak decorate rumah tu nanti. Yammmpunnnn doakan aku dapat rumah tu pelisss guysssss ~

K guys, bye and see you next few month, maybe next year posting :P

No comments: