Friday, 24 March 2017

Perjalanan Aku Sebagai Admin

Hai guys, rajin betul aku menaip lately ni. entah la kerja tak banyak kot? Hmm

Kepala otak kau keje tak banyak, keje mana penah habis tapi itu lah bila kerja ni melibatkan banyak pihak nak tunggu setiap sorang tu respon aku siap berak then makan pegi tido bangun lagi seklai berak belum tentu orang akan respond aku. sebab tu kekadang aku ni dah push diri nak multi tasking everything tapi bila involved orang luar dalam keje aku, terus jem. terbengkalai la keje kau. mak nenek betoiiiii =_=

admin? apa yang menarik pasal admin. bagi aku, admin ni antara jantung sebuah syarikat jugak. sebab? banyak benda akan melibatkan admin. macam aku sekarang, pc rosak cari aku, ot tak cukup cari aku, lepas tu aku akan kena sembur. jilake betul. dan aku? senyum dan re-checked balik sambil meletak kesalahan atas kepala sendiri walaupun sedia maklum itu kekadang hanya untuk kepuasan semua pihak. sambil re-checked sambil air mata mengalir! kahkah budus betul bila hati tak boleh nak sado.

hari ni dah nak hampir setengah tahun aku kat sini, sambil belajar sikap setiap pekerja dan orang atasan, sambil mencari pengalaman, sambil mencapai visi dan misi syarikat. ahh gituuuu kau!

sesudah, amat banyak yang aku dah belajar. dari segi zahir jua batin. zahir? zahir aku sedia bantu semua staff dari segi tenaga dan masa, janji aku berpuas hati walaupun kekadang terpikir jugak, reward apa ya aku dapat bila buat semua ni? nak tunggu orang berterima kasih? hmm, haram jadah. seketui dua bakul je reti ucap terima kasih, selebihnya hanya sekadar pandang lalu. dan aku? tersenyum sambil tepuk dada, IKHLAS daaa IKHLASSSS!!! batin, tah laaa engkorang. tak tercapai dek akal bab batin ni. kahkah! makan hati ada laaa bila jumpa staff perangai tak reti langsung nak cover buruk ni. jenis kaki kipas, jenis cakap tak pandang kiri kanan, jenis membawa maklumat tanpa bayaran ke sana sini, jenis engkau je betul, jenis rasa diri tu tinggi and everything. semua aku kutip aku ikat ketat-ketat. pegang dan cuba untuk elak diri-sendiri dari berperangai seperti mereka-mereka

okay guys, chow laaa. nak follow up dengan orang pulak ni. dah satu hal, keje nak follow up. tak dia sembur aku, aku sembur dia. kahkahkah ketawa setannnnnn. daaaaaa ~