Thursday, 24 November 2016

Life

Asaalamualaikum


Hey korang lama gila dah aku tak hapdet blog, aku busy weh. Kesian korang bukak blog aku tengok cerita lama. Maaf maaf

Well said aku dah konvo 22/11 lepas. Seronok gila babeng lah dapat pakai topi konvo. Serius automatic jadi batak nak selfie manjang sebab jarang-jarang jumpa dengan topi tu. Lol

Oh ya, aku pun dah kerja sekarang. Syukur sangat la yo. Di saat orang lain tengah kalut ribut carik kerja, dan aku dah ada kerja. Rezeki weh, nak rezeki datang begolek pun kita kena la usaha dulu. Ya dak? Korang jangan ingat aku pegi sekali je interview weh, berkali-kali aku habiskan duit (actually mom’s money haha) sebab ke sana sini pergi interview. So far, alhamdulillah dah ada kerja pun aku. Sekarang takde nak stress dah bila orang tanya hang buat pa sekarang!

Well, life is short. Pandai-pandailah engkorang plan kehidupan ni nak jadi warna warni. Macam aku, always ada back up plan untuk future. Sebab apa? Sebab setiap apa yang kita merancang, Allah yang tentukan. Giterrr

Sekarang ni weh, kau nak kerja jangan nak choosy sangat. Engkau sendiri tahu lambakan mahasiwa/wi di Malaysia beribu riban. Jadi, apa je kerja yang kau dapat, just grab. Pasal gaji kau nak consider boleh but put the experience as first! Macam aku, jawatan yang aku dapat ni bukan level orang atasan, tapi aku tetap grab jugak sebab apa? Sebab nanti kau nak demand gaji senang pasal kau dah ada experience. Reti?

Lagi satu, bila pilih kerja tu engkorang should be careful. Sekarang ni kes penipuan banyak sangat. Sebelum aku dapat kerja ni, aku cakap aku dah banyak pegi interview sana sini kan. Ada je certain company yang meragukan. So, nasihat aku before engkorang nak pegi interview mana-mana rajinkan diri kau tu buat research dulu pasal company tu. At least, kau tak tertipu!

For all freshie, just chill okay. Dalam kau jadi penganggur, usahakan waktu yang terluang untuk grab position kosong mana-mana company. Better kau search by jobstreet, maukerja etc. sebab aku dapat kerja pun by jobstreet. Then kalsu betul kau nak kerja tu, always follow up dengan HR company tu. At least, dia nampak kau punya effort baru dia ada kepercayaan nak hire kau.

Ok, tata


No comments: