nuffnang

Saturday, 2 April 2016

Jelajah Bumi Perth, Australia

Bismillah. syukur dapat jugak aku buat satu entry pasal jelajah bumi kanggaro pada Februari lepas. walaupun begitu banyak halangan, cabaran dan dugaan before fly sana sehingga ada di antara kami yang dah hampir nak give up di pertengahan jalan, namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. mungkin berkat kesabaran, doa dan usaha kami selama 3 tahun untuk ke sana dipandang Allah, maka 14 Februari jam 10:00 am kami berlepas dari KLIA 2 ke International Perth Airport dan tiba sana lebih kurang jam 4 to 5 pm.

pengalaman berada di atas langit sana memang sangat lain nak dibandingkan dengan penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu. saat suara pilot mengumumkan kami sudah meninggalkan bumi Malaysia, macam-macam perasaaan ada. takut, teruja, sedih etc. Teringat pada mangsa tembakan MH17 & MH370. moga ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah bagi yang beragama Islam. Rest in peace brotherhood!

bila tibanya di airport Perth, masing-masing takut untuk melepaskan diri ke imegresen. kehkeh. bukan apa, cuma agak cuak sebab waktu tu kami bawak banyak bekalan makanan dari Malaysia. dan kami dimaklumkan law kat sana memang straight gila! risau jugak makanan kami tak lepas di imegresen tu. syukur Allah permudahkan lagi urusan kami 'melepaskan makanan' dari pihak sana. yang paling aku tak boleh lupa, sorang sorang muka tersengih-sengih macam kerang busuk, maklum laa sudah menjadi penduduk sementara di bumi Perth for one week!

maka, bermulah perjalanan menuju ke Malaysian Hall tempat penginapan kami for one week. di sini kira rate dia memang dah tersangat murah jika nak compared dengan homestay atau hotel. kalau duit untuk penginapan sahaja takde dalam RM10,000 jangan mimpi nak satay di hotel atau homestay untuk lawatan seramai ni. serius, sebab kami punya bajet agak ciput jadi Malaysian Hall is the best accomodation for us. selesa apa dengan aircond dan bilik macam hotel 5 bintang macam kat Malaysia. dan bersih! itu yang penting. sikit pun tak rasa macam duduk accomodation bertaraf rendah di sana. lagi lagi bilik aku. kau bayangkan bilik tu boleh muat untuk 13 orang tapi aku stay hanya 5 orang. kau nak main netball pon boleh dalam tu. jadi, boleh bayangkan tak keluasan bilik tu camne? 

malam tu, kami keluar dinner sambil menikmati keindahan bumi perth pada waktu malam. orang kata sambil menyelam minum air. serius waktu tu macam-macam orang yang kita jumpa. kaki mabuk, kaki club, dengan malam tu jugak la malam valentine penuh kiri kanan pasangan yang **** tengah jalan. agak mencabar jiwa kami anak muda malam tu. tawakal saja lah, sebab ini adalah pengalaman bagi anak dakwah seperti kami. waktu ni jugak kami gunakan peluang untuk berdakwah kepada mereka. aku ingat lagi one of the sister, nama beliau Gina dia kata we look beautiful with the hijab. lepas tu kami bagitahu itu aurat yang wajib ditutup. even dia paham atau tak, aku taktahu. tapi okay la, sebab beliau sporting gila. nanti aku post picture dengan dia ;)

then, esok tu kami hanya buat program GISO je. kami sempat berkunjung ke beberapa buah universiti yang agak famous kat sana. antaranya Uni of Murdoch, Uni of Western Australia, Curtine Uni, Islamic College Aussie and etc. (aku pun dah lupa apa nama yang lain lagi  sebab dah lama sangat pegi baru nak hapdet blog!kah kah)

part yang paling best, bila Dr Rahim bawak kitorang pegi tengok dolphin secara live dekat Mandurah Marina. best gila tengok dolphin secara live, menjerit semua budak-budak ni. anda kena tahu, ini pengalaman first kami, jadi jakun itu biasa! haha. then, kitorang sempat jugak pegi fremantle, tapi tak sempat masuk dalam tu because dah lewat. lagipun jarak fremantle ke Malaysian Hall agak jauh, dalam 3 jam lebih perjalanan. malam tu pulak, Malaysian Hall ada buat majlis tahlil jadi kami di invite untuk majlis tersebut. tak manis laa kan, orang dah ajak kita tak datang. 

so malam tu balik MH (malaysian hall) and certain of us lepas je habis majlis, terus angkat kaki round bandar Perth. dekat sana, serius eh aku cakap kau jalan sampai 3, 4 pagi pon tak takut! sikit pon tak! nak jumpa pencuri dekat sana, eh sorry la. takde hokey, takde! bab keselamatan diri jangan risau la sebab diorang memang respect dengan orang Malaysia (mungkin sebab kami bertudung). mungkin negara lain juga mereka respect. yang aku suka pasal undang-undang dekat Perth is the law. kau tahu tak, nak lintas jalan even pejalan kaki pun kena tunggu lampu hijau? kau jalan salah arah pun even kau duduk berjalan tepi jalan je itu dikira sebagai kesalahan? kau naik kereta, tak pakai seat belt even penumpang di belakang pun dikira kesalahan. kau tahu? aku betul-betul respect sebab law diorang ajar us how to make ourself jadi orang yang berdisiplin sepanjang one week dekat sana. sampaikan balik Malaysia pun, ada lagi yang mengusik "seat belt jangan lupa!"

dekat sana, kitorang berpeluang jugak pegi dekat coversham wildlife park. alaaa kalau Malaysia macam zoo laa. but, sana best pasal ada kanggaro and kau diberi peluang untuk bagi kanggaro makan! best! yang tak best bila part mulut kanggaro jilat-jilat tangan kita masa nak makan. geli gila! sampaikan kalau aku nak bagi kanggaro makan, Eca yang pegang tangan aku! hahaha. kelakar gila. tapi kanggaro comel sebab bila dia dah syok makan, dia akan pegang tangan kita guna tangan dia tu. macam baby kan, kita suap dia makan lepas tu dia pegang tangan kita. auu so suwitttt! i miss the kanggaro!!!

kami jugak pegi dessert, tempat dia Subhanallah jangan cakap la. view sepanjang jalan pun dah buat kita terpegun. macam jalan dekat gurun je, lawa sangat-sangat! alhamdulillah dapat gak bersyukur dengan nikmat yang Tuhan ciptakan ni. bila dah sampai tempat tu, lagi teruja weh. lawa yang teramat lawa. padang pasir kau tahu padang pasir? macam tu la tempat dia. batu dekat situ macam ada orang jaga tau. pasir dia alahai lembut gila. rasa nak bungkus bawak balik Malaysia! kitorang siap buat dilwale lagi dekat sana sebab weather dia angin sepoi-sepoi bahasa. even panas macam gurun sahara tapi berangin. tak rasa panas langsung, yang sadisnya balik-balik semua muka nak burn! kahkah

okay la tu je kot aku nak share. ada lagi tapi macam mood tak sampai. (maklumlaa aku tengah hapdet blog dalam opis, bos pon asyik jeling-jeling je) ekeke

pada aku, sana adalah tempat yang sesuai untuk dilawati bagi remaja macam kami yang nakkan explore the world! cewahhh ~

apa pon setiap pandangan orang berbeza, ada yang kata Perth tu biasa-biasa je. ada lagi tempat lagi best. lantak laa, nak buat camne dah ni je satu-satu negara yang aku dah pegi setakat ni. takpelah sekurang-kurangnya adalah jugak kenangan aku di luar negara kan uolss ~

doakan aku nak sambung Master kat sini keyh! tata~






YANG NI LAA GINA YANG AKU CAKAP TU :)
























kereta sewa kitorang for one week. aku naik kereta  yang tengah tu. macam mak mak datin uolls ~ kereta semua nak mewah hokeyyyy!



ni dessert macam gurun sahara tu :)