Wednesday, 23 December 2015

Dah Submit Thesis

alhamdulillah, hari ni 23/12/2015 bersamaan hari rabu jam 3.15 pm tadi aku sudah pun berjaya menyelesaikan tugasan terakhir semester ni dengan submit secara official thesis kepada supervisor aku, Bonda Rugayah

di kesempatan ni, setelah berbulan lamanya tidak update blog maka ingin aku dedikasikan coretan ini untuk mereka yang banyak membantu sepanjang tempoh satu semester ini untuk menyelesaikan tugas terakhir ini

pertama dan selamanya buat Umi tercinta, Madam Khadijah Bt Abdul Rahman, di kesempatan ini anakanda ini megucapkan jutaan terima kasih buat umi yang telah banyak menyumbangkan bantuan kepada anakanda terutama dari segi kewangan. seterusnya, dari segi sokongan moral kepada anakanda yang sudah hampir hilang arah saat agak tertekan sepanjang thesis berlangsung, umi masih setia di sisi anakanda memberi kata-kata semangat. terima kasih pernah lapkan air mata anakanda saat anda hampir jatuh menyerah! pengorbanan yang satu tiada ganti yang dua atau tiga

seterusnya, buat ayahanda yang tercinta, Encik Mohd Jaaffar Bin Abdul Rahman, anakanda merasa agak terharu dengan setiap tembakan doa daripada ayahanda setiap kali anakanda mohon keberkatan untuk menyelesaikan thesis ini. terima kasih saat terjaga jam 2, 3 pagi masih mampu bangun bersama dengan anakanda untuk memberi semangat dan gurau senda untuk mengurangkan resah di hati. pengorbanan ayahanda tiada siapa yang tahu. semoga ayahanda dilindungi Allah SWT. in sya Allah

tidak dilupa juga buat mama, mungkin agak jarang anakanda meluah kebimbangan sepanjang thesis ini berlangsung, namun anakanda tahu jauh di sudut hati mama, mama sentiasa memanjatkan doa pada yang Esa agar urusan anakanda dipermudahkan. kalau tidak, manakan tidak anakanda mampu untuk submit thesis ini. semua ini berkat doa dari seorang bonda yang tak pernah-pernah putus mendoakan anakanda yang jauh di perantauan. terima kasih memberi peluang pada anakanda untuk mebalas segala jasa mama selama ini. sikit hari lagi, apabila anakanda berjaya anakanda ingin tunaikan segala impian umi, mama dan abah. in sya Allah

buat ibu saudara yang jauh di mata, Chesu. walaupun agak kurang semangat dari mulut itu, namun hati ini tahu setiap kali beliau melihat diri ini mengadap thesis, beliau mendoakan diri ini mampu untuk bertahan menyelesaikannya. terima kasih Chesu, dari kecil hingga saat ini, masih bersama, memimpin tangan di saat diri tertekan dengan bebanan assignment yang menimbun. ku doa agar Chesu dijodohkan dengan insan yang mampu menjaga beliau sepertimana beliau menjaga aku dulu kala


buat sepupu kembar, Nurul Awatif ingin juga aku titipkan kerinduan dan terima kasih di atas segala doa dari kejauhan agar diri ini berjaya menyelesaikan tugasan ini

paling penting buat supervisor yang disayangi, Bonda Rugayah terima kasih anakanda ucapkan. tiada lafaz yang mampu anakanda ucapkan di atas segala ilmu, perkongsian selama berada di bawah naungan bonda. anakanda bersyukur di anugerahkan supervisor yang sangat2 bersifat keibuan. terima kasih bonda, di atas segala tunjuk ajar selama anakanda berguru dengan bonda. terima kasih di atas segala semangat, nasihat, dan panduan untuk anakanda manfaatkan suatu masa nanti. sudah tentu anakanda akan merindui saat-saat bersama bonda. gelak tawa bersama akan anakanda ingati sampai bila-bila. suatu saat nanti, apabila anakanda berjaya nama bonda pasti anakanda petik untuk umumkan pada seluruh dunia insan ini yang telah mengajar diri ini untuk menyiapkan sebuah thesis. terima kasih bonda. without you, I am nothing

terakhir, dedikasi ini aku curahkan buat sahabat yang berjaga sepanjang malam, ke sana sini bersama. tidak pernah mengeluh apatah lagi mengatakan tidak pada diri saat aku meminta bantuan untuk menyelesaikan thesis ini. untuk kamu, Naemah Hanim Illani & A'lia Syafiqa terima kasih susah senang bersama. menghulur tangan saat diri ini ingin bertawakkal sahaja. namun, kau masih membisikkan kata semangat agar kita sama-sama teguh berdiri untuk menyelesaikan semua ini. doaku agar persahabatan ini tidak akan berakhir disini. doaku agar ia terus di payungi doa-doa malaikat untuk insan yang bersahabat kerana Allah. buat sahabat seperjuangan, sekuliah dakwah dan pengurusan islam, aku mendoakan kejayaan bersama. semoga kita semua mampu bersama memegang segulung ijazah dan bergambar dengan scroll masing-masing pada November 2016. Ameen

untuk awak juga, Mohammad Izzhar Faizzy, terima kasih untuk segala-galanya. membawa ke tempat kajian untuk menyelesaiakn thesis ini.Wan Nurul Anis & Nur 'Aisya Syahira juga peneman setia semasa kajian ini berlangsung!  doa saya, agar awak juga dapat submit thesis ini dengan segera. in sya Allah

TERIMA KASIH SEMUA ! 





















MUCH LOVE,

No comments: