Friday, 18 September 2015

Last Year. Thinking About The Dream

assalamualaikum korang! hey lama gila lah aku tak update blog. maklum saja la aku kini dah berada di Tahun Akhir, memang masa sangat-sangat mencemburui aku. semua kerja aku memerlukan sedikit pengorbanan tenaga. walau pada hakikatnya, aku sanagt letih! *dah kenapa ayat touchingsangat ni* ahahaha!

okay la, disebabkan guna wifi kampus maka aku nak update blog jugak walaupun pada hakikatnya aku sendiri tak tahu apa cerita nak tulis ni. bukan sahaja cerita tak tahu nak update apa, malahan juga tajuk juga aku telah mengambil masa yang agak lama untuk fikir apa patut aku letak. atau aku patut biar je tajuk kosong? hmm hmm *pikir jap*

jadi disebabkan aku ada di kampus, jadi mari aku cerita pasal kampus. pasal life aku di kampus. selama 4 Tahun aku di bumi Nilai yang sudah tentu sanag-sangat mencabar fizikal aku dari segi homesick sudah pastinya, kewangan dan sebagainya. Alhamdulillah hingga kini aku hampir nak graduate. just a few step je lagi. teringin dan tak sabar nak pakai baju biru besar, bajet-bajet baling topi ijazah. cewah kau ingat ni drama ke apa

so, nak dipendekkan cerita (bateri laptop nak habis tak bawak cajer haha), aku rasa bila berada jauh dari Ummi memang mengajar aku erti kehidupan. from here, i learn how to survive. aku pernah terduduk sendirian, aku pernah rasa fed up, aku pernah rasa nak berhenti belajar and aku pernah rasa nak tukar kos. segala-galanya aku pernah. tapi satu je bila saat aku nak buat semua tu, aku cuma risau akan satu benda je. FUTURE AKU. aku fikir, kalau aku takde ilmu, mampu ke aku nak dapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan?

aku ni jenis kuat berangan dan mimpi. ada orang cakap mimpi tu belum pasti. tapi, aku tahu tanpa mimpi kita takkan bermotivasi untuk bina kejayaan diri!

jadi, dari dulu saat aku masuk ke USIM aku pegang impian selain dapat ijazah dalam bidang Management, aku akan teruskan lagi effort aku untuk ada Master dalam bidang Human Resource. and the one and only Uni yang ada dalam kepala aku is University of Melbourne. why Melbourne? satu, sebab aku tengok ramai lecturer aku buat master dalam bidang management di Melbourne. and they tell me that, Uni of Melbourne one of the greatest uni in Management. second, sebab next year aku sendiri akan ke Melbourne. aku sendiri akan jejak kaki ke Uni of Melbourne. dari situ, aku sendiri akan tengok macam mana environment kat sana. walaupun next year aku hanya ke sana untuk lawatan antarabangsa je.

lepas tu, aku akan balik ke Malaysia, aku akan cuba untuk apply job di Petronas dalam bidang HR. why Petronas? sebab Petronas banyak duit and banyak dapat bonus! haha. nonsense! nanti aku cerita kenapa aku pilih Petronas as my first company to work

tapi, andai kata aku takde rezeki lagi untuk kerja after ijazah or aku takde rezeki untuk sambung Master, aku pasang impian untuk mengembangkan lagi perniagaan Ummi aku. aku nak sewa lot kedai, bukak bisnes Ummi aku. aku akan hire a few of employee and suruh umi aku jadi CEO. aku akan pantau setiap pergerakan di dalam perniagaan itu sendiri. biar aku turut bekerja bersama dengan orang bawahan aku. aku teringin nak merasa perit payah Ummi aku membesarkan aku hanya dengan berniaga. tapi, hari tu akan berubah which is hari tu aku bekerja and Ummi aku duduk rumah. sampai satu saat aku nak bagitahu Ummi aku. 'Ummi kita pegi mana ummi nak pegi. Ummi beli barang brand apa Ummi nak. ummi cakap nak apa, Adda buat'. and it one of the deep dream yang aku simpan dalam hati. biarpun aku bukan HR di Petronas, aku tetap akan jadi seorang HR untuk Ummi aku sendiri

okay rasanya itu kot aku nak cerita pasal life aku. pasal dream of me. kalau ada masa, aku cerita lagi. aku nak kena stop ni mata aku dah berpinar-pinar

thanks for reading and please pray for my dream :)

much love,