nuffnang

Wednesday, 23 December 2015

Dah Submit Thesis

alhamdulillah, hari ni 23/12/2015 bersamaan hari rabu jam 3.15 pm tadi aku sudah pun berjaya menyelesaikan tugasan terakhir semester ni dengan submit secara official thesis kepada supervisor aku, Bonda Rugayah

di kesempatan ni, setelah berbulan lamanya tidak update blog maka ingin aku dedikasikan coretan ini untuk mereka yang banyak membantu sepanjang tempoh satu semester ini untuk menyelesaikan tugas terakhir ini

pertama dan selamanya buat Umi tercinta, Madam Khadijah Bt Abdul Rahman, di kesempatan ini anakanda ini megucapkan jutaan terima kasih buat umi yang telah banyak menyumbangkan bantuan kepada anakanda terutama dari segi kewangan. seterusnya, dari segi sokongan moral kepada anakanda yang sudah hampir hilang arah saat agak tertekan sepanjang thesis berlangsung, umi masih setia di sisi anakanda memberi kata-kata semangat. terima kasih pernah lapkan air mata anakanda saat anda hampir jatuh menyerah! pengorbanan yang satu tiada ganti yang dua atau tiga

seterusnya, buat ayahanda yang tercinta, Encik Mohd Jaaffar Bin Abdul Rahman, anakanda merasa agak terharu dengan setiap tembakan doa daripada ayahanda setiap kali anakanda mohon keberkatan untuk menyelesaikan thesis ini. terima kasih saat terjaga jam 2, 3 pagi masih mampu bangun bersama dengan anakanda untuk memberi semangat dan gurau senda untuk mengurangkan resah di hati. pengorbanan ayahanda tiada siapa yang tahu. semoga ayahanda dilindungi Allah SWT. in sya Allah

tidak dilupa juga buat mama, mungkin agak jarang anakanda meluah kebimbangan sepanjang thesis ini berlangsung, namun anakanda tahu jauh di sudut hati mama, mama sentiasa memanjatkan doa pada yang Esa agar urusan anakanda dipermudahkan. kalau tidak, manakan tidak anakanda mampu untuk submit thesis ini. semua ini berkat doa dari seorang bonda yang tak pernah-pernah putus mendoakan anakanda yang jauh di perantauan. terima kasih memberi peluang pada anakanda untuk mebalas segala jasa mama selama ini. sikit hari lagi, apabila anakanda berjaya anakanda ingin tunaikan segala impian umi, mama dan abah. in sya Allah

buat ibu saudara yang jauh di mata, Chesu. walaupun agak kurang semangat dari mulut itu, namun hati ini tahu setiap kali beliau melihat diri ini mengadap thesis, beliau mendoakan diri ini mampu untuk bertahan menyelesaikannya. terima kasih Chesu, dari kecil hingga saat ini, masih bersama, memimpin tangan di saat diri tertekan dengan bebanan assignment yang menimbun. ku doa agar Chesu dijodohkan dengan insan yang mampu menjaga beliau sepertimana beliau menjaga aku dulu kala


buat sepupu kembar, Nurul Awatif ingin juga aku titipkan kerinduan dan terima kasih di atas segala doa dari kejauhan agar diri ini berjaya menyelesaikan tugasan ini

paling penting buat supervisor yang disayangi, Bonda Rugayah terima kasih anakanda ucapkan. tiada lafaz yang mampu anakanda ucapkan di atas segala ilmu, perkongsian selama berada di bawah naungan bonda. anakanda bersyukur di anugerahkan supervisor yang sangat2 bersifat keibuan. terima kasih bonda, di atas segala tunjuk ajar selama anakanda berguru dengan bonda. terima kasih di atas segala semangat, nasihat, dan panduan untuk anakanda manfaatkan suatu masa nanti. sudah tentu anakanda akan merindui saat-saat bersama bonda. gelak tawa bersama akan anakanda ingati sampai bila-bila. suatu saat nanti, apabila anakanda berjaya nama bonda pasti anakanda petik untuk umumkan pada seluruh dunia insan ini yang telah mengajar diri ini untuk menyiapkan sebuah thesis. terima kasih bonda. without you, I am nothing

terakhir, dedikasi ini aku curahkan buat sahabat yang berjaga sepanjang malam, ke sana sini bersama. tidak pernah mengeluh apatah lagi mengatakan tidak pada diri saat aku meminta bantuan untuk menyelesaikan thesis ini. untuk kamu, Naemah Hanim Illani & A'lia Syafiqa terima kasih susah senang bersama. menghulur tangan saat diri ini ingin bertawakkal sahaja. namun, kau masih membisikkan kata semangat agar kita sama-sama teguh berdiri untuk menyelesaikan semua ini. doaku agar persahabatan ini tidak akan berakhir disini. doaku agar ia terus di payungi doa-doa malaikat untuk insan yang bersahabat kerana Allah. buat sahabat seperjuangan, sekuliah dakwah dan pengurusan islam, aku mendoakan kejayaan bersama. semoga kita semua mampu bersama memegang segulung ijazah dan bergambar dengan scroll masing-masing pada November 2016. Ameen

untuk awak juga, Mohammad Izzhar Faizzy, terima kasih untuk segala-galanya. membawa ke tempat kajian untuk menyelesaiakn thesis ini.Wan Nurul Anis & Nur 'Aisya Syahira juga peneman setia semasa kajian ini berlangsung!  doa saya, agar awak juga dapat submit thesis ini dengan segera. in sya Allah

TERIMA KASIH SEMUA ! 





















MUCH LOVE,

Monday, 19 October 2015

Save Journey Awak

Bismillah. Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ni untuk aku update entry terbaru. Kesempatan ni aku cuma nak wish of luck to all my friend yang sekarang ada di negara China untuk lawatan antarabangsa. Next week doakan I sampai Melbourne pulak ye!

Sunyi terus house rent aku memandangkan 2/3 dari housemate aku pegi China. Aku turut merasa kesedihan di atas ketiadaan mereka lebih lebih lagi yang tersayang pun pegi China jugak.
Sob Sob :( :(

Untuk awak yang jauh di sana, semoga selamat semuanya. Selamat balik Awak, cepat balik Awak. Ada yang hampir jadi gila sebab rindu (tolonglah ayat jangan nak jiwang sanagt, hahahaha)











Salam Sayang dari Malaysia untuk yang tersayang di Beijing,

Friday, 18 September 2015

Last Year. Thinking About The Dream

assalamualaikum korang! hey lama gila lah aku tak update blog. maklum saja la aku kini dah berada di Tahun Akhir, memang masa sangat-sangat mencemburui aku. semua kerja aku memerlukan sedikit pengorbanan tenaga. walau pada hakikatnya, aku sanagt letih! *dah kenapa ayat touchingsangat ni* ahahaha!

okay la, disebabkan guna wifi kampus maka aku nak update blog jugak walaupun pada hakikatnya aku sendiri tak tahu apa cerita nak tulis ni. bukan sahaja cerita tak tahu nak update apa, malahan juga tajuk juga aku telah mengambil masa yang agak lama untuk fikir apa patut aku letak. atau aku patut biar je tajuk kosong? hmm hmm *pikir jap*

jadi disebabkan aku ada di kampus, jadi mari aku cerita pasal kampus. pasal life aku di kampus. selama 4 Tahun aku di bumi Nilai yang sudah tentu sanag-sangat mencabar fizikal aku dari segi homesick sudah pastinya, kewangan dan sebagainya. Alhamdulillah hingga kini aku hampir nak graduate. just a few step je lagi. teringin dan tak sabar nak pakai baju biru besar, bajet-bajet baling topi ijazah. cewah kau ingat ni drama ke apa

so, nak dipendekkan cerita (bateri laptop nak habis tak bawak cajer haha), aku rasa bila berada jauh dari Ummi memang mengajar aku erti kehidupan. from here, i learn how to survive. aku pernah terduduk sendirian, aku pernah rasa fed up, aku pernah rasa nak berhenti belajar and aku pernah rasa nak tukar kos. segala-galanya aku pernah. tapi satu je bila saat aku nak buat semua tu, aku cuma risau akan satu benda je. FUTURE AKU. aku fikir, kalau aku takde ilmu, mampu ke aku nak dapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan?

aku ni jenis kuat berangan dan mimpi. ada orang cakap mimpi tu belum pasti. tapi, aku tahu tanpa mimpi kita takkan bermotivasi untuk bina kejayaan diri!

jadi, dari dulu saat aku masuk ke USIM aku pegang impian selain dapat ijazah dalam bidang Management, aku akan teruskan lagi effort aku untuk ada Master dalam bidang Human Resource. and the one and only Uni yang ada dalam kepala aku is University of Melbourne. why Melbourne? satu, sebab aku tengok ramai lecturer aku buat master dalam bidang management di Melbourne. and they tell me that, Uni of Melbourne one of the greatest uni in Management. second, sebab next year aku sendiri akan ke Melbourne. aku sendiri akan jejak kaki ke Uni of Melbourne. dari situ, aku sendiri akan tengok macam mana environment kat sana. walaupun next year aku hanya ke sana untuk lawatan antarabangsa je.

lepas tu, aku akan balik ke Malaysia, aku akan cuba untuk apply job di Petronas dalam bidang HR. why Petronas? sebab Petronas banyak duit and banyak dapat bonus! haha. nonsense! nanti aku cerita kenapa aku pilih Petronas as my first company to work

tapi, andai kata aku takde rezeki lagi untuk kerja after ijazah or aku takde rezeki untuk sambung Master, aku pasang impian untuk mengembangkan lagi perniagaan Ummi aku. aku nak sewa lot kedai, bukak bisnes Ummi aku. aku akan hire a few of employee and suruh umi aku jadi CEO. aku akan pantau setiap pergerakan di dalam perniagaan itu sendiri. biar aku turut bekerja bersama dengan orang bawahan aku. aku teringin nak merasa perit payah Ummi aku membesarkan aku hanya dengan berniaga. tapi, hari tu akan berubah which is hari tu aku bekerja and Ummi aku duduk rumah. sampai satu saat aku nak bagitahu Ummi aku. 'Ummi kita pegi mana ummi nak pegi. Ummi beli barang brand apa Ummi nak. ummi cakap nak apa, Adda buat'. and it one of the deep dream yang aku simpan dalam hati. biarpun aku bukan HR di Petronas, aku tetap akan jadi seorang HR untuk Ummi aku sendiri

okay rasanya itu kot aku nak cerita pasal life aku. pasal dream of me. kalau ada masa, aku cerita lagi. aku nak kena stop ni mata aku dah berpinar-pinar

thanks for reading and please pray for my dream :)

much love,
 

Wednesday, 12 August 2015

It is a precious experience

Assalamualaikum guys. hari ni, aku dapat satu semangat dan idea nak taip menaip blog ni. it is about our experience. Yaa, aku kan before ni penah buat entry pasal organization in management semua tu. so, kira hari ni aku buat entry kesinambungan daripada entry lepas laa ni

guys, untuk information , USIM biasanya akan memberikan peluang kepada pelajar untuk ke lawatan antarabangsa before grad. and group kelas aku decide untuk ke Melbourne on February 2016. means, next year laa kan?

so, kat sini aku nak share experience aku sepanjang berada di bawah unit penginapan dan pengangkutan. serius, too challenge! bagi aku, sangat-sangat challenge sebab banyak nak kena ada link dengan student di Melbourne, in case untuk dapatkan harga yang paling cheapest bagi kita rakyat Malaysia. well, Malaysia mengalami kejatuhan wang ringgit kan sekarang? jadi, ia sangat-sangat lah bagi effect bagi aku seorang student untuk ke luar negara. can you imagine waktu aku tengah survey accomodation dekat sana, harga yang diorang sewa untuk 1 bilik je ade dekat aud 149. kire duit Malaysia, satu malam RM 596.itu untuk 1 bilik, kalau 4 bilik kau rasa mampu nak ke sana 1 week?

and, it was a precious experience to me untuk handle semua masalah ni. macam mana cara nak cari duit lebih untuk ke sana pada tahun hadapan. itu semua memerlukan usaha yang gigih! bukan sahaja dari satu pihak malahan dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

sepanjang aku handle benda ni, dua benda yang jadi inspirasi aku. kalau bukan sebab dua benda ni, aku rasa I WILL GIVE UP! first, sebab aku nak grad tahun depan. and second, aku nak belajar culture rakyat Melbourne. itu je. bila dah separuh jalan aku buat, aku takkan berhenti. itu tekad aku! and aku harap sangat-sangat aku mampu jadi kuat untuk ke Melbourne nanti

please, doakan aku and my friends guys! tq

Thursday, 6 August 2015

Pernah Tak Korang Rasa Tak Bergunanya AKU DALAM ORGANISASI ?

Hai guys, a few month ago aku stop menaip disebabkan beberapa perkara and dah tentunya sebab utama aku malas nak log in blog, and fikirkan idea untuk di tulis di sini. Well, aku pun tak tahu siapa yang akan stalk aku punya blog, mesti korang boring gila kan baca blog aku yang macam biskut ni. kejap ada kejap takde

post kali ni aku nak share keadaan bila kita berada dalam satu organisasi. and of course this situation akan berlaku pada sape-sape je lebih-lebih lagi kalau kita berada di bawah arahan seorang ketua. nak nak pulak dapat ketua yang pilih kasih and selfish. hmm hampeh!

people can changed guys, ada jenis depan baik belakang kau segala jenis atuk nenek dia feel annoying pasal kau. habis keburukan kau dia sapu and canang dekat orang lain. kau rasa?

aku pun tak faham and tak pernah faham why they be like that? kurang kasih sayang kah? perlu diri nampak hebat kah? nak dia sorang dapat nama kah? i dunno guys

but, it really unfair laa bila seorang ketua mempunyai sikap sedemikian. kesian pada mereka yang tak pernah diberi peluang untuk menonjolkan diri mereka. kalau bukan seorang ketua yang akan memberikan mereka peluang, siapa lagi? kan?

dear leader,
jangan hanya sebab satu kelemahan orang tu kau terus judge dia tak mampu buat apa-apa kerja. kau tak tahu, every people have been born with their own skills. mungkin skill kau mengarah orang je kerjanya, tapi skill orang bawahan kau ni tahu camana cara nak manage meeting supaya setiap group members boleh on time bila ada meeting. kan? we dunno guys.sebab tulah, opportunity is important to all!

kalau jenis aku bila berada dalam satu organisasi, bila orang dah start bagi kepercayaan pada aku untuk handle satu job, aku akan buat the best. sebab prinsip aku bila kerja berorganisasi ni TAKE THE CHALLENGE, AND WILLING TO TAKE THE RISK!

and bila aku berada di atas, aku ingat satu je. THE PEOPLE THAT ARE CLOSE WITH YOU IS NOT YOUR PARTNER. i mean, kawan baik kita atau buah hati bukan pasangan yang bagus untuk berada dalam organisasi yang sama. sebab tu, AKU KALAU JADI LEADER, AKU PILIH PARTNER YANG ADA SKILL. kalau kau belajar dan faham betul-betul bab management, kau akan tahu skill itu penting bila berada dalam organisasi

so, itu je aku nak share and coret sikit-sikit di sambil nak menaikkan traffic blog aku malam ni. HAHAHA!

that all. thank you guys for reading this!



Monday, 6 July 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015






Raya giveaway from nile.com.my kembali lagi ! Hope I would be the winner, so that dapat la I bergaya sakan raya tahun ni. Hee




http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Antara barangan yang saya ingin menang daripada nile.com.my adalah seperti berikut:
  

                                    
    

                                                                  Product: Mix Color Hoodies
                                                                   Price Meletop: RM21.90
                                                                      Date: 07/07/2015
                                                                    Time start: 4.00pm 
                                                    Time End: When limited  quantity sold out
                                                              Limited Quantity: 150 pieces



Product: Multipurpose Wallet/Handbag
Price Meletop: RM6.90
Date: 10/07/2015
Time start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 200 units


Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 80 pieces


Product: Stylish Hoodies
Price Meletop: RM12.90
Date: 07/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 200 pieces



Product: Men Sport Pant
Price Meletop: RM13.90
Date: 08/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 350 pieces



Friday, 17 April 2015

Ada sesuatu tentang aku

kalian, pernah tak bila buat sesuatu kerja tetiba mata mengantuk ? kalian jika ada yang sedemikian, kita geng !!! kah !

tau tak, aku kan bila buat sesuatu kan mesti aku selit dengan kerja lain . macam sekarang kan, patut nya aku siapkan esaimen kaunseling . dek kerana aku tak de idea nak buat esaimen, maka aku pilih untuk taip entry. tak pe kan?

jadi kan, aku nak bagitau orang seperti aku adalah sangat special. aku mampu untuk buat dua kerja dalam satu masa. jom beramai-ramai berikan aku tepukan gemuruh untuk satu sikap aku ini

tahu tak, dah seminggu aku ada kat kampung sebab cuti midsem. tahu tak, dalam seminggu cuti midsem tak rasa pn cuti sebab kena siapkan esaimen yang bertingkek-tingkek. tahu tak, baik tak payah cuti kalau macam ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

tanpa pendahuluan dan juga penutup entry aku ini, maka aku sudahi dengan bye2





true,

Saturday, 4 April 2015

How To Manage The Precious Time ?

well uolls, if you wanna know iolls have been finished two assignment in a one night okeh! and that's fact. as long as before this i like to joke, but this is a fact and  it should be seriuos guys! and I am very proud of myseelf. lets giving me a reward! yeahhhh

jadi, disebabkan assigment group dah habis maka aku taip entry untuk mengkhabarkan pada kalian semua bahawa aku merdeka! oh yeayyy baby baby come on baby! oh shit melalut ~

maka, entry ni aku sediakan khas untuk mahasiswa/mahasiswi/rakan/taulan/sahabat/handai aku yang bergelar pelajar. as we know, susah jadi student. sebab apa? sebab masa jadi student ni la semua benda kita nak buat. kan? bila uolls dah kerja nanti, takde masa nak pikir pukul berapa nak tengok wayang, nak makan apa, nak pegi ceramah sana sini, kem motivasi sana sini, bla bla bla...

kan?

agree beb! pasal aku lagu ni, jadi mari aku share dengan kalian tips2 nak manage your precious time so that dapat la kalian selesaikan kerja dalam masa 1 sem tanpa ada yang terbengkalai. oh shitttttt~


1. kalau korang jenis suka sosial sana sini, MAKE A SCHEDULE! SCHEDULE! yes, schedule penting jenis kaki sosial. supaya apa? bila korang ada schedule, korang takkan terlanjur dari satu masa ke satu masa untuk satu aktiviti. faham?

2.  paksa diri, bukan manjakan diri kalau nak berjaya! yesss, PAKSA DIRI! contoh aku bagi, macam aku ni jenis kaki dating(kah!kantoi) aku akan paksa diri aku untuk siapkan setiap tugasan yang diberi. penat camana pun, aku akan paksa diri untuk buat at least 1 tugasan lepas date! janji aku tak isi satu hari berlalu tanpa siapkan tugasan. sikit takpe, lama-lama jadi bukit bro!

3. SET TIME!! SET TIME!! bila buat something, please set time. contoh, kau masak kan. cuba set time kau nak amik masa berapa lama nak masak. kalau sejam, sejam la kat dapur. bila kat dapur pulak, masak! don't make any waste activity. dengan cara ni, kau dah dapat save time tahu tak nak buat kerja lain pulak lepas tu. ni tak, duduk dapur 3- 4 jam. buat apa? melepak. mengumpat. gosip sana sini. padahal baju dalam baldi dah seminggu tak berbasuh! err yerkkk, please jangan jadi pengotor!

4. buat apa yang perlu. maksudnya, bila bukak laptop aim dalam kepala nak buat esaimen, so please tangan jangan gatal nak cari movie Suami Sebelah Rumah pulak! paham??

5.  RAJIN! JADI RAJIN! PAKSA RAJIN! BUAT-BUAT RAJIN! rajin untuk bertindak bukan sekadar baca apa aku tulis! take note. come on guys, nak sucess tak susah. semua depend on ourself.

so, cukup la lima tips kan. aku bukan kaunselor atau pakar motivasi nak bagi tips berjela. kah!



so, good nite and mmmmuahh ,

Saturday, 21 March 2015

Throwback

selamat pagi pembaca blog CD! oleh kerana aku update blog malam ni, sukacita dimaklumkan bahawa aku ada internet. macam biasa uolls~

so, tak perlu lagi aku berpenat jerih ke library atau juga mungkin perlu menunggu waktu kuliah yang boring untuk update blog. kah!

maka, disebabkan aku tertidur seperti separuh mati pagi tadi, maka malam nya perlu untuk aku menjadi seorang bodyguard rumah yang perlu berjaga malam untuk hari ini.

jadi, bila idea datang untuk menaip benda pertama yang aku akan terjah op kos my belog aiii yang comey loteyyyy ni. bhahahaha!

oleh itu, mari aku bagitahu kalian mengapa tajuk entry aku "throwback"

jika kalian adalah readers setia aku, maka kalian pasti sudah tahu cara penulisan aku di entry sebelum-sebelum ni ye dak! serius macam kanak-kanak darjah 6 yang buat karangan untuk skor 96% dalam subjek bahasa melayu penulisan

di sebabkan aku rajin nak baca blog sendiri, maka dengan di sengajakan aku sendiri muntah hijau! OMG! kenapa bebudak sangat entry aku dulu-dulu?

nampak di situ, saat pertama kali aku berblogging aku hanya seorang kanak-kanak ribena. kah!

maka, aku decide tak nak delete entry kebudakan aku itu supaya suatu saat nanti aku tahu aku pernah menaip seperti seorang kanak-kanak and i'm precious person actually to be a childish in 19th. kah!

so this is, good night and bye,




mmmuaaaaahhhhhh :* :*

Tuesday, 10 February 2015

pantai cahaya bulan

Before aku cerita berjela pasal PCB, aku nak cakap aku sedih sangat dengan apa yang terjadi dekat Malaysia today. You can see by your eyes right?

Isu MH370, transgender, DSAI disabit hukuman 5 tahun penjara, tembak rebut gadis, gst bla bla bla bla. Malas aku nak cerita panjang, sedih okay😢

So straight to the point, tadi aku pi jalan PCB setelah setahun sekali aku sampai kat sini walhal rumah aku ke pcb hanya 15 minit ke PCB. 

Tak payah cerita la, terus aku belanja gambar











Friday, 16 January 2015

Sweet 22 :)

Budak ousemate I, harus la selfie. Muka aku muka paling mantain, sebab besday girl kannn ~
(mohon telengkan kepala kalian untuk picture ni, mekaceh)



Picture aku potong kek, harus laa yang paling big. Birthday girl okeyyyyyy


Muka iolls baru lepas nangis, hahahaha. Tanjat iolls, ingat takde orang ingat beday iollssss



Poning eh nengok gambo ni haaaa.This is deputy master for my birthday, hangpa berpakat nah dengan Encik Izha big bang boom kan iolls. anyway, tq ya uolls. terharu aih

maka, tanggal 9 January ago, I dah umo 22 years old hokey. Mohon jgn di tanya lagi berapakah umur I. Itu isu sensitif uolsssss ~

last, Tq so much housemate I, even kadang ada masa kita berselisisih faham, namun ini erti sebenar sebuah persahabatan.

and, also big Tq for my Shayangggggg Encik Izha Faizzy, master plan for my birthday party. Thanks for the cake Shayanggggg. I loikeeeee.

i hope, dengan umur aku yang dah semakin MUDA ni, aku dapat apa yang aku nak. the most important, grab a dean list for semester 5 and Band 3 for MUET session Mac 2015. Ameen :)

muah ,,