nuffnang

Friday, 25 October 2013

Mati Itu Pasti

Agak lama aku menyepi dari blog ni
Hmm, aku ecelli tak de masa nak berblog skrg ni
Maklum lah aku bukan pakai broadband, wifi jauh sekali

Hmm, today mood aku agak K.O sikit
Sebab pagi tadi dapat berita dari kwn baik aku mak dia dah kembali ke rahmatullah
Mak dia baru jee sakit seminggu
Pagi ni dah dapat berita pemergian mak dia
Rasa macam terbayang-bayang lagi muka sedih kawan aku bila dapat berita mak dia sakit
Tapi hari ni Allah dah ambik mak dia
Hmm,

Entah laa , even mak dia aku tak kenal rapat
Tapi bila jadi macam ni
Allahhu Rabbi
Sedihnya hati ni

Ya Allah,
Kuatkan hati mereka yang telah Kau uji ini
Jadikan mereka itu orang yang kuat menghadapi dugaan Mu

Hari ni Allah dah menarik seorang umat Nabi Muhammad SAW
Bila masa kita akan pergi menyusul ?
Itu semua rahsia 
Kita ? Dah bersedia dengan segala amalan untuk kembali ke sana?

Kekadang, bila teringat balik apa yang aku lakukan selama di beri peluang hidup selama 20 tahun ni
Rasanya terlalu sikit amalan nak di bawa ke sana

Allah !
Bila mendengar berita kematian,hati ni takut
Takut untuk mengira hari kematian diri sendiri
Semoga masih sempat untuk aku bertaubat sebelum ke sana

Innalillah buat ibu sahabat baik aku Kak Lin
Semoga arwah di tempat orang-orang yang beriman
Amin

AL-FATIHAH.....

No comments: